Thursday, February 19, 2009

Geng : Penembaraan Bermula bersama upin dan ipin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 12.02.2009 , bermulalah tayangan cerita Geng : pengembaraan bermula bersama upin dan ipin di panggung-panggung wayang di seluruh negara
Ha? Tak tahu pasal cerita ni? Aii ruginya ...Tak pe la.. mari saya beritahu anda..

Geng ? Cerita apa tu?
Geng ialah sebuah cerita animasi 3D BUATAN MALAYSIA yang diterbitkan oleh Les' Copaque production yg brtapak di Shah Alam.
Cerita ini mengisahkan dua orang pemuda daripada bandar pulang ke kampung. Mereka telah bertemu dengan Upin dan Ipin serta ramai lagi watak cerita ini.
Tak payah panjang cerita ... kita usha trailer dia..



Hehehee...mesti anda tertarik dengan filem buatan anak watan ni kan? Kalau nak tahu lebih lebih lebih...lagi kita tengok The Making of Geng

The Making part 1


The Making part 2


The Making part 3


haa.... video-video di atas mempunyai bannnyyyakk maklumat pasal citer ni. Kan? Kan?

Saya dengar pasal syarikat Les' Copaque..saya nak tahu lebih tentangnya.
Les' Copaque Production Sdn Bhd ialah sebuah syarikat penerbitan dan studio animasi 3D berstatus MSC yang bertapak di Shah Alam, Selangor. Les Copaque bukan sahaja mengerjakan bidang animasi, malah menjadi syarikat, pembikinan penuh yang juga melibatkan pengemukaan idea, rakaman suara dan pascapenerbitan yang disertakan dengan karya animasinya. Studio ini banyak melibatkan tenaga kerja dari bakat-bakat muda.

Eeehh? Les' Copaque? Nama cam diambil dari bahasa Perancis je..nape dari Malaysia plak?
Ahaha!! Diorang menamekan studio diorang sempena 1 perkataan bahasa Melayu "last kopek" yang bermaksud "peluang terakhir" dan ditukar ejaan menjadi seolah-olah bahasa Perancis.Diorang memang kreatif..sbb tu la diorang dapat menghasilkan filem yg baik!

Haa.. Bagi sesiapa yang ada laman web bolehlah promotekan hasil2 diorang dengan memaparkan banner cm ni


dan banyak lagi yang anda boleh dapati di http://www.lescopaque.com/onlinekits/index.html atau klik sini.

Selain daripada cerita ni diorang [Les' Copaque] ada membuat 1 citer animasi 3D yang bertajuk Upin Dan Ipin yang disiarkan di TV9. Kepada yang ingin tengok citer ni daripasa musim pertama ,boleh usha2 kat laman web rasmi Upin dan Ipin di http://www.upindanipin.com.my/ ataupun search kat youtube!

Kalau rase maklumat kat sini masih tak menepati kehendak anda sila ikuti pautan luar:

1.Blog Les' Copaque Production @ http://gengmovie.blogspot.com/2008/11/lawatan-karangkraf-g3-dan-majalah-pc.html
2. Laman web rasmi Geng @ http://www.gengthemovie.com/
3. World of Geng @ http://www.upindanipin.com.my/worldofgeng/index.html
4. Laman web rasmi Upin dan Ipin @ http://www.upindanipin.com.my/
5. Forum laman web rasmi Les' Copaque @ http://www.lescopaque.com/forum/
6. Laman web INGAT @ http://www.ingat.com.my/
7. Les' Copaque Training centre @ http://www.lescopaque.com/training/
8. Geng media kits @ http://www.lescopaque.com/onlinekits/
dan mestilah laman web rasmi Les' Copaque yg termahsyur di http://www.lescopaque.com/index.html

Huaa panjang citer kali ni. Saya harapkan Les' Copaque membawakan lebih banyak citer yg gempak2 pada masa akan datang...
Sokonglah Animasi Tempatan!!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai