Wednesday, December 29, 2010

Astronomi dan Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni tak ramai org Islam yg menceburi bidang astronomi. Kenapa?

Alah, astronomi ni tak la penting macam ilmu perubatan. Kalau tak ada org belajar ilmu perbuatan macam mana nak mengubati org yg sakit?


Astronomi ni leceh lah.... banyak sgt kira-kira.. kan awak dah tahu saya ni tak suka benda yg melibatkan kira-kira ni?

Itulah jawapan yg lazim diberikan oleh org awam jika ditanya kepentingan ilmu astronomi hari ini. Tetapi hakikatnya, ilmu astronomi ni lebih penting drpd ilmu perbuatan dan wajib dipelajari oleh sebahagian umat Islam di Malaysia / dunia tanpa mengira anda ni jenis yg suka matematik atau tidak!

Mengapa saya kata macam tu? Sebab, Islam adalah agama yg plg banyak perkaitannya dgn astronomi (dan juga matematik) . Tak percaya? Sila teruskan pembacaan anda!

Perkaitan astronomi dan Islam

1. Anda ingin menetapkan  bermulanya awal bulan syawal dgn cara mencerap anak bulan. Bagaimanakah bentuk sebenar anak bulan? Apakah syarat utk mengesahkan maklumat itu? [ya, astronomi]
2. Anda ingin mengira bila masuk waktu zohor kat tempat tinggal anda. Anda mestilah tahu mengira sudut istiwa',  latitud dan longitud tempat tinggal kita dan sedikit sebanyak ilmu trigonometri. [ya, astronomi]
3. Anda ingin menyemak adakah arah kiblat rumah anda adalah betul.Anda mestilah tahu bagaimana utk mencari utara dan selatan tanpa menggunakan kompas. Anda mesti tahu sedikit sebanyak ilmu trigonometri [ya, astronomi]
4. Anda tersesat di dlm hutan. Anda rasa telah masuk waktu subuh. Bagaimana anda hendak memasikan bahawa telah masuk waktu subuh? Bagaimana anda ingin  mencari arah kiblat di dlm gelap? [ya, astronomi]

Apa yg anda fikirkan sekarang?

Kupasan

1. Bagaimana nak menetapkan awal bulan syawal? Sila tekan sini.
2. Kiraan masuk waktu solat taklah terlalu rumit jika kita tahu rumus-rumusnya. Pertama sekali , kita perlu tahu maklumat longitud dan latitud tempat tinggal kita. Kemudian kita akan kira sudut istiwa, masa pembetulan dan akhir sekali menghitung waktu solat.
(ini hanya rumusan sahaja. jalan kerja yg panjang lebar akan dibentangkan kemudian insyaallah)
3. Kita boleh menyemak arah kiblat rumah kita dengan menggunakan tongkat istiwa'. Tongkat ini adalah sebuah kaedah yg mudah dan tepat. Kebanyakkan masjid-masjid lama di Malaysia menggunakan kaedah ini utk mendapatkan arah utara bagi penentuan kiblat
4. Melalui bintang! Sila lihat buruj orion! Tali pinggang kpd orion, (alnitak alnilam dan mintaka) akan membentuk sebuah garis lurus yg menunjukkan arah kiblat!

Sekarang, tiada lagi alasan utk tidak mempelajari ilmu astronomi sebab telah terbukti ia sebuah ilmu yg sgt penting bagi umat Islam di dunia. Firman Allah s.w.t dlm surah Yunus , ayat 5 :

 Dia yg menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya serta mengaturnya pd bbrp tmpt supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tiada menciptakan demikian itu melainkan dgn kebenaran. Dia terangkan brp tanda bg kaum yg ingin mengetahui.

 Selain itu, Allah telah berfirman dlm surah Al-An'am ayat 97:

Dia yg mengadakan bintang-bintang utkmu supaya kamu dpt petunjuk dgn dia dlm kegelapan daratan dan lautan. Sesungguhnya tlh Kami terangkan beberapa lg ayat bg kaum yg ingin mengetahui.


 Wallahualam!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai