Monday, December 27, 2010

penunjuk pH (pH indicator)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Penulis dapati banyak lagi perkara yg menarik tentang kimia yg ingin dikongsi - selain letupan - iaitu kimia dapat menunjukkan berbagai jenis warna - sama ada warna asal unsur di dalam jadual berkala - ataupun warna-warna sebatian. Sebagai contoh, penunjuk pH (pH indicator). Bagi pelajar sekolah, hal-hal berkaitan pH indicator ni memang BOSAN sebab mereka menggunakan pH indicator yg mudah (asas) seperti kertas litmus (litmus paper), phenolphthalein , atau metil jingga (methyl orange).

Sebenarnya banyak lagi pH indicator dlm dunia ni. Penulis takkan senaraikan semuanya di sini sebab terlalu banyak. Sila teruskan ke bahagian links bagi sesiapa yg ghairah utk berkenalan dengan mereka!

Pengenalan

pH indicator ialah sejenis sebatian holochromic yg boleh mengesan ion hydronium (H3O+) atau ion hidrogen (H+) yg menyebabkan perubahan warna di dalam suhu piawai (standard temperature). Utk ketepatan yg jitu, beza antara 2 jenis warna (warna indicator tu sendiri) mestilah jelas dan ketara. 

Jika anda mempelajari ilmu kimia dgn lebih mendalam, anda akan menemui beberapa indicator yg lazim (baru) (kebanyakannya organic indicator) contohnya metil kuning (methyl red), metil ungu (methyl violet) ,fenol merah (phenol red) dan lain-lain!


Buat pH indicator anda sendiri!


Penulis sendiri pun faham, ramai org yg ingin membuat pH indicator sendiri di rumah kerana semua pH indicator yg disenaraikan di atas MAHAL-MAHAL BELAKA! Ada sebuah laman web yg mengajar membuat pH indicator anda sendiri dgn menggunakan KOBIS MERAH! :-)  Jadi, dgn cuti yg masih berbaki 6 hari ni, mari kita mulakan!

Cara:
1. Bahan yg diperlukan ialah kobis merah, pengisar atau ketuhar mikro dan air. Mudah kan?
2.Koyakkan daun-daun kobis merah tu dan masukkan kedalam sebuah bekas. Isi bekas itu dgn air sehingga semua kobis tu terendam.
3. Langkah seterusnya ada dua pilihan
     a) Microwave kobis tu
     b) Kisar kobis tu
4. Larutan yg terhasil drpd langkah yg ketiga boleh digunakan sebagai pH indicator anda! Utk mengujinya, ambil beberapa ml larutan tu dan titiskannya ke dalam beberapa ml cuka.

Penerangan

Kobis merah mempunyai pigmen yg dikenali sbg flavin (sejenis anthocyanin)yg larut di dlm air. Flavin juga boleh dijumpai di dlm kulit epal, anggur dan bunga popi. Anthocyanin akan berubah menjadi warna merah di dalam larutan berasid , ungu di dlm larutan neutral dan hijau kekuningan di dlm larutan bes.


Gambar-gambar


Kobis merah!

skala pH kobis merah

perubahan warna di dlm petunjuk yg asas

tindakbalas phonolphthalein

Nota kaki

1. Holochromic : material which changes colour as pH change
2.Phenolphthalein :
    a) IUPAC name : 3,3-bis(4-hydroxyphenyl)isobenzofuran-1(3H)-one
    b) Molecular formula : C20H14O4
2. Methyl orange :
    a) IUPAC name : 4-dimethylaminoazobenzene-4'-sulfonic acid sodium salt
    b) Molecular formula : C14H14N3NaO3S

Video
Buat indicator kobis merah!



Link:
1. http://www.ph-meter.info/pH-measurements-indicators
2. http://chemistry.about.com/od/acidsbases/a/Acid-Base-Indicators.htm
3. http://chemistry.about.com/cs/acidsandbases/a/aa060703a.htm

2 comments:

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai