Saturday, December 18, 2010

Tron

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Fakta Menarik
Pengarah: Steven Lisberger
Pelakon: Jeff Bridges, Bruce Boxleitner, David Warner, Cindy Morgan
Syarikat: Walt Disney, Lisberger Ltd
Masa: 96 minit
Tarikh keluar: 9 Julai 1982
Bajet: $17 juta

Sinopsis
Kevin Flynn ialah seoorang computer programmer yg cekap. Dia pernah bekerja di syarikat pembuat software, ENCOM dan dia telah berusaha utnuk membina beberapa siri game selepas dia sendiri membuka syarikat membuat game. Rakan sekerja Kevin, Ed Dillinger telah mencuri idea program game arked yang telah diusahakan oleh Kevin dan menjualnya.  Kevin berasa amat marah dan cuba mengodam program sistem game Ed supaya dia boleh ambil balik hak keatas game yg dia telah cipta.

Pada mulanya rancangan penggodaman Kevin berjalan dgn lancer ttp akhirnya dia terkantoi  Alat tercanggih ciptaan Ed, Master Control Program (MCP) teractivate, dan menembak sebuah laser yang kuat dan men’digital’kan Kevin. Bermulalah kitah Kevin di dalam dunia komputer!


Idea Asal
Idea asal cerita ini diilhamkan oleh pengarahnya sendiri, Steven Lisberger yang melihat permainan yang dibangunkan oleh sebuah firma komputer yg dikenali sebagai MAGI. Klik sini utk cuba bermain game tu!

Sequel: Tron –Legacy
Sam Flynn (anak Kevin) telah dihantui oleh tragedy kehilangan bapanya selama 20 tahun. Semasa mesyuarat badan pengarah ketika pelancaran ENCOM operating system, Sam memecah masuk sistem OS itu dan menjualkan OS yg terhebat itu tanpa sebarang caj. Sam kemudiannya didatangi oleh kawan lama Kevin dan dia dinasihati utk menyasat tempat yg misteri di dalam arked milik bapanya. Dia akhirnya berjaya masuk ke dalam dunia digital dan berjumpa bapanya…Maka bermulalah perjuangan Sam utk mengeluarkan bapanya daripada dungia digital yang menakutkan itu!

Review teknologi pembikinan
Pada pendapat saya, teknologi 3d yang digunakan dalam cerita ini amat mantap dan hebat. Tetapi ada juga bahagian cerita yang dirakam menggunakan kamera 2d. Dalam aspek teknologi CGI pula, pasukan modeling telah berjaya membuat penonton kagum dengan model motor-motor dan juga latar belakang yang menarik.
Kesan bunyi juga amat menarik dan bass yg hebat

Fakta Menarik
Masa : 127 minit
Bajet : $200 juta

Keseluruhan review : *****

Tambahan 
1. Trailer Tron (1982)





2. Trailer Tron - Legacy



3. Lebih berbaloi jika tengok menggunakan 3D

No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai