Sunday, January 2, 2011

Kaedah ringkas utk menghitung waktu solat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya dapati ramai kawan-kawan saya yg dah habis SPM mempunyai banyak masa lapang yg boleh dimanfaatkan.  Jadi, saya  menyarankan supaya anda cuba menghitung waktu solat di rumah sebagi aktiviti masa lapang anda sambil mencairkan otak anda yg sudah beku (segelintir sahaja).

Apa yg anda perlukan ialah sebuah kalkulator saintifik dan sedikit ilmu matematik asas.

1- Mengetahui maklumat lokasi

Pertama sekali anda perlu tahu latitud dan longitud tempat tinggal anda. Contohnya anda tinggal di Pulau Pinang.
Latitud dan longitud bagi negeri Pulau Pinang ialah 5°25’ dan 100°12’.

2- Mengetahui hari hitungan

Seterusnya kita perlu tahu kita akan menghitung waktu solat untuk hari apa. Sebagai contoh, saya menghitung waktu solat untuk 31 Disember 2010. 31 Disember ialah hari ke-365 utk tahun biasa.
Utk mengetahui bilangan hari hitungan anda dlm sesebuah tahun, sila klik sini. Labelkan bilangan hari dlm tahun itu sebagai d


Peringatan : Jadual yg disediakan adalah utk tahun lompat. Bagi bulan selain Januari dan Febuari perlu ditolak 1 hari bg tahun biasa.


3- Menghitung deklinasi matahari / sudut istiwa'


Hal ini yg paling menarik kerana kita mudah membuat kesilapan di sini. Disebabkan post ini 'kaedah ringkas' maka saya tidak mengupas dgn lanjut apa maksud nombor-nombor ini. Para pembaca dinasihatkan mengikut formula ini dgn betul. Kira dahulu nilai-nilai bagi ABCDEFGHI dan kemudian jumlahkan semua.


*d= bilangan hari dlm tahun


A: -23.1004342 
B: + 0.07944d    
C: + 4.14658 X10 -3d
D: - 2.48796 X10 -5d3 
E: + 1.7523 76 X10 -7d
F: - 1. 60426 X10 -9d5
G: + 6.9756690 X10 -12d6
H: - 1.35290880 X 10 -14
I  : +9.86156I4063350974X10 -18‑ d8 

Kemudian A+B+C+D+E+F+G+H+I = ? 

Contoh: 


A
-23.1004342 
-23.1004342 
B
+ 0.07944d    
+28.9956
C
+ 4.14658 X10 -3d
552.4281205
D
- 2.48796 X10 -5d3 
-1209.648362
E
+ 1.7523 76 X10 -7d
3110.274748
F
- 1. 60426 X10 -9d5
-10392.95573
G
+ 6.9756690 X10 -12d6
16494.64798
H
- 1.35290880 X 10 -14
-11676.65834
I
+9.86156I4063350974X10 -18‑ d8
3106.624164



A+B+C+D+E+F+G+H+I  = -9.3922537

4- Menghitung masa pembetulan


B = 360 x [(bilangan hari-81)/365]
E = -1x (9.84 x sin 2B) – (7.53 x cos B) – (1.5 x sin B)

Contoh : 
B = 360 x [(365-81)/365]
   = 280.109589
E = -1x (9.84 x sin 2B) – (7.53 x cos B) – (1.5 x sin B)
   = -1x (-3.411193513) – (1.32.1752118) – (-1.476710725)
   = 3.256976523

5- Mengira waktu solat
UPDATE : Sekian lamanya saya memeram benda ni, dan diingatkan hari demi hari. Sebenarnya sebelum mencari waktu solat zohor, kita perlu mencari waktu istiwa. (Terima kasih kepada yg perasan yg saya tertinggal step ini)
 

So, waktu istiwa ialah :


=12.0 + (E/60) + [(120-longitud)/15]

Selepas dapat nilai dlm perpuluhan, bagi yg menggunakan kalkulator saintifik seperti CASIO fx570 / fx350 atau yg baru, sila tekan butang yg mcm tauge utk dptkan nilai dlm darjah (jam), minit dan saat.



A) ZOHOR - waktu solat yg paling senang
     = Waktu Istiwa’ + 1 minit 4 saat

B)  ASAR -waktu solat yg paling susah.
Pertama sekali kita perlu mencari nilai H (sudut ketinggian matahari) utk mencari nilai Za (jarak zenit waktu asar). Selepas itu, masukkan nilai Za dlm formula mencari T. Akhir sekali, waktu asar ialah nilai T yg dibahagi 15 dan kemudian ditambahkan dengan waktu istiwa' yg telah kita cari tadi.

i)H= tan-1 [ 1/ (1+ tan {θ-d})]
ii)Za = 90°- H
iii) T = cos-1 [(cos Za – sinθ sin d)/ (cos θ cos d)]
iv) waktu asar = waktu istiwa’ + T/15

C) MAGHRIB , ISYA' , SUBUH DAN SYURUK
 Kiraan utk waktu ini menggunakan formula yg sama, tetapi sudutnya yg berbeza kerana kedudukan matahari  berlainan pd keempat-empat waktu ini.

Maghrib
 i) T = cos-1 [(cos90°50’ – sinθ sin d)/ (cos θ cos d)]
ii) waktu maghrib = waktu istiwa’ + T/15

Isya’
 i) T = cos-1 [(cos108°– sinθ sin d)/ (cos θ cos d)]
ii) waktu isya’ = waktu istiwa’ + T/15

Subuh
 i) T = cos-1 [(cos110°– sinθ sin d)/ (cos θ cos d)]
ii) waktu subuh= waktu istiwa’ + T/15

Syuru’
 i) T = cos-1 [(cos90°50’ – sinθ sin d)/ (cos θ cos d)]
ii) waktu syuru’ = waktu istiwa’ + T/15

TAMAT!
Nota kaki
1. Saya telah sediakan sebuah dokumen yg menunjukkan formula utk dicetak dan dicuba oleh pembaca. Sila klik sini.
2. Sila CUBA mengira semua waktu solat utk 31 Disember. Jawapan akan disiarkan pada post seterusnya!


UPDATE 1 - 3 Februari 2012
1. Saya akan cuba utk membangunkan software utk mengira waktu solat menggunakan Microsoft Exel. Mungkin masa yg diambil agak lama kerana skrg saya sedang sibuk belajar dan nak menulis fungsi-fungsi ni mengambil masa  yg agak lama. Kalau ada siapa2 yg rajin tuliskan fungsi dia..bolehlah emelkan kpd saya!


3 comments:

  1. salam.
    erm,agak rumit.tp,bagus lah hg indulge dalam bnda ni.kalau tak siapa lagi kan.
    dan aku rasa aku tak mampu dan tak boleh buat bnda ni.haha.
    ok.teruskan minat dan kerjaya hg dalam bidang ni gud luck and insha Allah,Allah akan tolong :)

    ReplyDelete
  2. aaa ? , makk aii .. pning nyerr ! hahaha :D

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum....mana nak dapat tahu waktu istiwa' tu?

    ReplyDelete

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai