Tuesday, March 1, 2011

Kiblat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pembuka kata

Firman Allah s.w.t dlm surah Al-Baqarah:

Dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat dan apa-apa yg kamu ushakan diantara kebaikan utk dirimu nescaya kamu  memperoleh pahala. Sesungguhnya Allah maha melihat apa yg kamu kerjakan...

Ha! Apa yg kita boleh dpt drpd petikan ayat Quran di atas?

Ayat di atas ialah perintah Allah kpd manusia supaya mendirikan solat dan menunaikan zakat. Selain itu, Allah mengingatkan kita bahawa Allah sedang memeperhatikan apa yg kita lakukan sepanjang hari. Tak dpt dinafikan bahawa Solat ialah perkara yg paling penting dlm kehidupan seharian kita kerana itulah satu-satunya talian kita dgn Allah s.w.t.

Salah satu drpd syarat sah solat ialah menghadap ke arah kiblat. Alhamdulillah, pada zaman sekarang, mencari arah kiblat bukanlah suatu masalah yg besar kerana kita mempunyai pelbagai teknik (moden dan lama) utk mencari arah kiblat.

Kaedah penentuan arah kiblat.

Ada banyak kaedah penentuan arah kiblat. Sebagai contoh,

1.Melalui buruj Orion
2.Menentukan arah utara menggunakan bintang Polaris
3.Peristiwa A'dzam
4.Tongkat Istiwa

Buruj Orion



Jika anda lihat di dlm rajah di atas, anda akan nampak tiga bintang serangkai yg terletak di tgh-tgh buruj itu. Bintang itu dikenali sebagai bintang-bintang tali pinggang Orion. Bintang-bintang tersebut ialah, Alnilam, Alnitak dan Mintaka. Bintang-bintang ini akan membentuk sebuah garisan yg menunjukkan arah kiblat. (Ke arah bintang "gamma" orionis aka Bellatrix.)

Firman Allah s.w.t dlm Al-Quran Karim:

Dan dialah yg mengadakan bintang-bintang utkmu, supaya kamu dpt petunjuk dgn ia dlm kegelapan daratan dan lautan. Sesungguhnya telah kami terangkan beberapa ayat bagi kaum yg ingin mengetahui.


Menentukan arah utara menggunakan bintang Polaris.

Bintang Polaris ialah sebuah bintang yg terletak dlm buruj Ursa Minor. Dlm bahasa Arab, bintang ini dikenali sebagai Al-Qutbi. Bintang ini kelihatan sepanjang tahun dan sentiasa berada di utara utk menunjukkan arah utara. Selepas anda mengenalpasti bintang ini, anda dikehendaki utk pusing ke kiri sebanyak 68 darjah bagi mendapatkan bering yg sebenar Kiblat (utk di Malaysia shj)

Kedudukan Bintang Polaris di dlm buruj Ursa Minor (Al-Judah)

Peristiwa A'dzam

Peristiwa ini ialah sebuah kaedah lama yg digunakan oleh org yg terdahulu utk menentukan arah kiblat. Apa yg berlaku ialah pada peristiwa tersebut, matahari terletak betul-betul di atas Kabah. Jadi, bayang-bayang semua objek pada peristiwa tersebut menunjukkan arah kiblat. Di Malaysia, peristiwa A'dzam ini berlaku 2 kali setahun, iaitu pada 28 Mei - lebih kurang pada pukul 5.16 ptg dan pada 16 Julai - lebih kurang pada pukul 5.28 ptg.

Tongkat Istiwa.

Tongkat Istiwa ialah sebuah instrumen yg digunakan utk menentukan garisan meridian (Utara - Selatan) utk sesuatu tempat. Kaedah ini telah digunakan oleh masjid-masjid lama di Malaysia utk mendapatkan arah utara, bagi menentukan arah kiblat.

Imej ini mesti dibayangkan sebangai imej 3D

Cara penggunaannya amat mudah. Pertama sekali, letakkan tongkat istiwa di kawasan yg rata dan tdk terlindung dari matahari. Ketika matahari berada di langit timur, bayang tongkat ini akan jatuh di sebelah barat. Apabila titik hujung bayang menyentuh salah satu bulatan, tandakan titik tersebut sbg titik B. Selepas istiwa (tgh hari) matahari akan berada di langit barat, dan bayang tongkat akan jatuh di sebelah timur. Bila bayang tongkat jatuh di dalam bulatan yg sama dgn titik B, tandakan titik itu titik T. Sembungkan kedua-dua titik ini dan anda akan dpt sebuah garis timur-barat!

Selepas itu, bagi mendapatkan garis utara-selatan, buatkan satu garisan melalui pusat tongkat yg bersudut tepat (perpendicular)  dengan garisan timur-barat. Sekarang kita sudah dpt garisan meridian yg kita kehendaki. Akhir sekali, daripada titik B, (270 darjah) tambahkan lagi 22 darjah bagi mendapatkan 292 darjah (iaitu bearing Mekah dari Malaysia). Maka, kita sudah berjaya menentukan arah kiblat menggunakan tongkat istiwa!

Penutup

Semebarnya ada banyak lagi kaedah mencari arah kiblat, contohnya menggunakan teknologi moden, seperti teodolit menggunakan kaedah hitungan azimuth kiblat, dan berdasarkan arah matahari terbenam. Tetapi, ilmu saya hanya sampai di sini. Mungkin di lain waktu, saya berpeluang utk mempelajari ilmu-ilmu ini, Insyaallah saya akan kongsi bersama anda. Saya harap, artikel ini boleh dimanfaatkan kpd pembaca sekalian.

Nota


1.Kaedah menentukan arah kiblat menggunakan buruj Orion hanya berfungsi utk tmpt yg berdekatan dgn garisan khatulistiwa shj.
2. I do not own any image in this article. All rights reserved.
3. Tongkat istiwa ni secara kasarnya ialah batang biasa. Terpulang kpd anda, nk guna lidi ke, nk guna balak ke...guna foundation rumah ke..janji kita mudah melihat bayangnya nanti. Bagi tapaknya pulak, ambik kertas graf, dan buat banyak bulatan dari saiz kecil ke saiz besar. Kemudian, pacakan tongkat istiwa tersebut. Selebihnya ikut panduan di atas.

Sumber

1.http://novasoftek.com/IslamicEarth/
2.http://www.tripatlas.com
3.wikipedia.org
4.google image
5.Artikel Tongkat Istiwa - Ust Hairul Anuar , Jab Mufti negeri Selangor
6.Flyer Kaedah penentuan Arah Kiblat - Jab Mufti Pulau Pinang


No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai