Friday, April 29, 2011

Iktibar pegembaraan 6000km

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jepun merupakan sebuah negara yg paling maju di Asia. Alhamdulillah, saya telah diberi peluang utk melawat negara itu pd awal bulan April yg lepas.

Saya tdk akan ceritakan semuanya. Saya cuma ingin mengetengahkan beberapa pengalaman yg saya fikir amat baik utk membangunkan negara yg tercinta ini.

Cara saya melihat negara ini mungkin berbeza dgn kebanyakan org yg pernah sampai ke sana. Hal ini kerana kebanyakkan org sampai ke sana dgn mengikuti rombongan pakej-pakej pelancongan ataupun atas urusan perniagaan. Mereka hanya pergi ke tempat-tempat yg penting sahaja. Saya pergi ke sana bersama abg saya yg sedang belajar di sana. Pengalaman saya amat berbeza dgn individu-individu yg saya sebutkan tadi kerana saya  dpt melihat sendiri bagaimana struktur sosial, ekonomi dan teknologi org Jepun. (tdk termasuk org Malaysia yg tinggal di sana utk bekerja dan belajar)

Lokasi
Ramai org ingat saya pergi ke tempat yg dilanda tsunami. Org Malaysia ni sangkakan Jepun ni sebuah negara yg kecil. Utk pengetahuan anda semua, jarak diantara tempat yg dilanda tsunami dgn tempat yg saya tinggal lebih kurang sama dgn panjang dr Johor ke Perlis. Memang Jauh! Media massa di negara kita ni terlalu memperbesarkan cerita. Hanya sebahagian kecil sahaja yg di 'sapu' tsunami, tetapi laporan di tv dan akhbar macam Jepun ni dilanda kiamat! (walaubagaimanapun kesan tsunami tu  mmg teruk, sgt teruk)



View Larger Map

Tenaga Hijau
Saya dpt lihat kehebatan negara matahari terbit ini walaupun saya  belum menjejakkan kaki di sini secara rasminya. 15 minit sebelum mendarat di Lapangan Terbang Kansai, saya disajikan sebuah pemandangan gunung ganang yg gagah. Di atas gunung  ganang yg gagah itu terdapat banyak kincir angin. Di sini kita boleh lihat mereka berusaha utk menjadi negara yg 'hijau'. Kerajaan kita kelihatan teragak-agak utk melabur dlm bidang green energy  ini. Dlm bidang ini kita tdk boleh melihat kesannya dgn segera, tetapi hasilnya amat memuaskan. Bukan sahaja murah tetapi baik utk alam sekitar.

Kesedaran terhadap kepentingan kitar semula
Apa yg saya perasan sepanjang saya tinggal di Jepun ialah tong-tong kitar semula berada di merata-rata tempat. Mereka telah di didik utk menggunakan tong kitar semula itu sejak kecil lagi. Sebagai contoh, di stesen kereta api sahaja ada banyak tong kitar semula. Di tempat menunggu, di tepi tangga, di tepi mesin jualan automatik dan lain-lain tempat yg strategik. Saya fikir, kita masih kurang pendedahan terhadap kepentingan kitar semula. Dr pengalaman saya ketika belajar di sekolah menengah, tong kitar semula hanya dijadikan perhiasan. Dan sekarang tong kitar semula itu terus hilang dr pandangan.

Tong kitar semula di Jepun agak berbeza berbanding di Malaysia. Di Malaysia kita ada tong biru (kertas), coklat (kaca)  dan jingga (tin aluminum dan plastik). Di Jepun ada juga yg serupa dgn tong kitar semula di Malaysia, dan ada juga yg seperti ini.

Ritsumeikan Daigaku. Copyright Syihan F.


Utk pengetahuan anda, bukan sahaja sampah di tempat awam sahaja yg perlu dibahagikan kpd tong-tong bergini, tetapi di rumah pun kita tdk boleh campur sampah yg boleh dikitar semula dgn yg tdk boleh dikitar semula. Bukan sbb kena DENDA. Bukan sbb kena MARAH. Ttp atas kesedaran individu itu sendiri!

Pengangkutan Awam
Sepanjang saya berada di Jepun saya dpt merasai 3 jenis pengangkutan awam iaitu kereta api, teksi dan bas.

I) Kereta api.
Sistem kereta api di Jepun ni mmg cekap. Oleh sebab itulah kereta api menjadi pilihan utama rakyat Jepun bila hendak ke mana-mana. Sistem kereta api di Jepun ni mmg tak jauh beza dgn sistem kereta api di Malaysia. Cuma, ada beberapa perkara yg syarikat kereta api di Malaysia boleh perbaiki.
Sistem pembelian tiket kereta api di Jepun sekarang semuanya diuruskan oleh mesin dan hanya sesetengah sahaja yg melibatkan urusan di kaunter. Tetapi di Malaysia semuanya dibuat di kaunter (tak la semua, tp kebanyakkan). Syarikat yg berkenaan boleh menyediakan beberapa mesin tiket utk mengurangkan masa beratur membeli tiket. Ada jg tempat di Malaysia yg mempunyai mesin  tiket ( di KL), tp kebanyakannya rosak.

Minami-Kusatsu JR station. Copyright Syihan F


Senario di stesen
Rakyat Malaysia perlu di didik cara yg tepat utk menaiki kereta api utk mengelakkan kesesakan. Pertama sekali, semua org perlu berdiri di belakang garisan kuning (ada tempat yg putih). Kemudian, setelah kereta api sampai, biar org yg di dalam keluar dahulu, org di luar pula membuat 2 garisan di tepi pintu (kiri dan kanan pintu). Selepas org di dalam keluar, org di luar pula masuk mengikut barisan masing-masing. Berdasarkan pengalaman saya di Malaysia,  org dari dlm dan luar sangat mementingkan diri sehingga berlakunya kemalangan di hadapan pintu kereta api dan mungkin ada org yg tidak sempat masuk ke dlm kereta api, lalu terlewat utk sampai ke tempat kerja dll. (selalunya berlaku pd waktu puncak).

Teknologi kereta api di Malaysia
 Perkara yg penting yg saya ingin highlight  di sini ialah kelajuan kereta api. Berbeza dgn Jepun, kereta api ialah salah sebuah pengangkutan yg kurang dipilih oleh rakyat Malaysia kerana kelajuannya boleh dikatakan lambat. Kelajuannya pun dah la tak laju dan banyak pula perhentian. Saya pernah menaiki kereta api  ke Kuala Lumpur. Masa yg diambil dari Butterworth ke KL Sentral ialah 8 jam. Ini bermakna kelajuan purata kereta api ialah 55km/j (travel 382km in 7 hours , tolak 1 jam utk turun naik penumpang lebih kurang). Di Jepun, mereka mempunyai pilihan sama ada keretapi yg berhenti di setiap stesen (local) atau berhenti di stesen yg penting sahaja (special rapid service). Ketetapi antarabandar local dan special rapid service mempunyai kelajuan 130km/j (maximum). Bayangkan berapa banyak masa boleh dijimatkan dlm perjalanan dr Penang ke KL?? (belum cerita lg shinkansen)

Shinkansen. Copyright Syihan F
Penjimatan
Rakyat Malaysia yg hendak ke KL mesti naik flight. Sebab apa? Sebab cepat. Jika Malaysia mempunyai keretapi berkelajuan 130km/j, mesti ramai org berubah fikiran utk naik kereta api. First sekali sbb murah, then  tak perlu security check ini itu. Kemudian, utk naik  flight  kita kena check in certain time before our flight. Bolehkah anda bayangkan berapa banyak masa dan wang yg boleh anda jimatkan? (tp x boleh dinafikan, kelajuan kereta api mmg x leh lawan kelajuan kapal terbang.)

II)Teksi
Pakaian pemandu teksi tu sangat kemas persis seorang kepten kapal/ pilot. (sangat kemas dan pemanduan mereka sangat berhemah) Setiap teksi mereka dilengkapi METER dan GPS. Setiap syarikat teksi di Malaysia perlu mengambil berat hal meter teksi supaya penumpang tidak terinaya.

III) Bas
 Sistem Baru
Sistem bas yg dimiliki Jepun ini sangat membanggakan. Ia langsung x menggangu pemandu bas, kerana semuanya dijalankan dgn automatik. (apa yg saya maksudkan sistem pembayaran tambang)
Di Jepun, kita naik bas ikut pintu tgh ( Malaysia, ikut pintu dpn) kemudian, bersebelahan pintu masuk ada mesin mengambil nombor. Tambang akan disenaraikan mengikut nombor menggunakan skrin yg berada di hadapan bas. Apabila sampai di destinasi, sediakan tambang secukupnya dan masukkan dalam mesin yg berada di tepi pemandu bas bersama dgn nombor yg kita ambil. Di situ juga terdapat mesin menukar wang. Mudah kan?

Ketepatan
Syarikat bas di Jepun ni amat mementingkan ketepatan masa. Semuanya tepat kerana setiap perhentian bas ada jadual. Oleh itu, kita boleh merancang perjalanan kita agar lancar dan cepat sampai ke destinasi. (tak la macam kat Malaysia, bas datang sukati je.)


Sosial 
Kalau nak diceritakan mmg artikel ni akan jadi panjang lebar. Oleh itu saya senaraikan sahaja apa yg berbeza dgn Malaysia.

1. Sikap amanah -terutamanya melibatkan wang. Cthnya apabila membayar tambang bas, tambang kita akan dimasukkan wang dlm mesin, tiada siapa tahu termasuklah pemandu bas tu sendiri berapa banyak kita letak, dan adakah kita bayar dgn tepat? Selain itu di kedai, mereka mengira wang yg kita beri satu per satu di hadapan mata kita utk memastikan kita tak terbayar lebih. Begitu juga ketika memberi wang baki.
2.Ketepatan masa - mmg tidak boleh dinafikan, kalau penghantaran ekspress kata akan datang ke rumah pukul 10, pukul 10 dia sampai. Begitu juga ketepatan masa bas, kereta api dan teksi!
Penulis di sebelah jadual bas.

3.Pembersih - kat tepi jalan sampah pun takde , walaupun kita cari sampah tu, tetap takde. Kalau kat Malaysia ni semuanya ada, termasuklah kahak kuning.
Ada sampah tak? Ini tepi kilang ni.
 4. Cara menaiki eskelator - org yg ingin menaiki eskelator mestilah berdiri di sebelah kiri, kerana di sebelah kanan ialah laluan utk org yg nak cepat (org naik dgn cepat)(certain places ikut kanan)
Kyoto JR station. Copyright Syihan F

5.Di mana-mana sekali pun, org tua, org cacat dan ibu mengandung diberi keutamaan - ada kerusi khas di dlm kereta api dan bas
6.Mempunyai kesedaran utk mengasingkan bahan kitar semula
7.Perjalanan yg dekat semua naik basikal - takde moto mcm kat M'sia ni. Udara pun segar.
Ritsumeikan Daigaku. Copyright Syihan F
  8. Moto naik sorang je - bukan mcm Malaysia, naik sampai 8 org

Penutup
Jepun ni merupakan sebuah negara yg maju. Malaysia perlu mengambil masa yg sangat lama utk jadi sepeti negara ini . Artikel yg saya tulis ni bukanlah utk membesarkan negara org dan memperkecilkan negara sendiri. Perjalanan saya ke sana bukan utk mencari kebesaran negara org, tetapi mencari idea utk membangunkan negara yg saya cintai. Saya harap org yg membaca artikel ni dapat mempraktikkan amalan mulia org Jepun spt amanah dan menepati masa.

Nota kaki:
1. Kesal ada org kata Jepun ni bukan negara yg hijau
2. Kesal ada org menghentikan projek kereta api eletrik bekembar, kalau tidak, kita dah setanding dgn sistem kereta api di Jepun
3.Kesal ada org yg pandang serong org naik basikal
4.Jepun ni ada jugak kelemahan dia , cthnya politik dan maksiat no 1.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai