Wednesday, December 19, 2012

Hikayat PMR aku. [informal]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena hari budak-budak ni ambil keputusan PMR diorang, aku nak ceritakan kisah PMR aku.

Nak dijadikan cerita, nenek aku seorang yang suka memberi motivasi (kalau nk jujur ; suka menabur janji). Sebelum exam (UPSR,PMR,SPM) , dia selalu kata kat aku & sepupu aku yg sama umur dgn aku,
Kilen (korang berdua) belajarlah rajin-rajin! Aku beli 'A' kilen. Satu 'A' RM50 tau! Kalau nak, belajarlah bersungguh-sungguh dari sekarang!

Kemudian tibalah masanya untuk kami ambil result PMR pd hujung tahun 2008. (time ni soleh gila sbb baru balik dari kem anak soleh). Sepupu aku dapat 2A (tak ingat lah betul ke tak?) dan aku dpt 7A.

Merujuk kepada janji yang ditabur oleh nenek aku tadi, bak kata PM kita, JANJI MESTI DITEPATI.
Sampailah masa kami semua berkumpul di kampung untuk menuntut janji satu A RM50 tu.

Sepupu aku dapat 2A..maknanya 2A x RM50 = RM100. Ah, meloncat dia gembira apabila janji ditepati.

Aku, dalam kepala aku dah mencongak-congak... Aku dapat 7A..maknanya 7A x RM50 = RM350... Wah! Wang besar ni Halim! (Pengacara Roda Impian).

Maka sampailah masanya aku menuntut janjimu...tapi nenek aku cakap;
Err...awak tu orang pandai...kalau uci (nenek) nak bayar RM50 satu A rabak la dompet aku. Jadi uci bagi awak seratus je la....sama dgn sepupu awak.

HOOOOLLYY COOWW!! hahahaha.

Next post: why low cost terminal offers cheap airlines tickets?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai