My Services

Dua tahun lalu, saya dan rakan saya menawarkan perkhidmatan fotografi di dalam sekolah sahaja. Tetapi dengan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, kami telah mengembangkan sayap kami dengan menawarkan perkhidmatan fotografi dan videografi untuk  anda. Antaranya ialah perkhidmatan untuk majlis perkahwinan dan juga hari keluarga.

Kami, terdiri daripada tiga orang ahli yang mempunyai minat yang mendalam dan mempunyai pengalaman di dalam bidang ini.

Kami menyediakan perkhidmatan membuat video dalam format High Definiton [HD] untuk memberikan sebuah kepuasan kepada pelanggan kami apabila mereka mengimbau kembali memori-memori terindah mereka dalam format yang tajam dan jelas.

Kami menyediakan pakej videografi dan fotografi dengan harga yang amat berpatutan sambil tidak mengabaikan aspek kualiti yang tidak kurang hebatnya dengan syarikat terkemuka.

Senarai Harga:

Pakej videografi:
Pakej ini mencakupi : liputan satu (1) hari di lokasi* . Durasi video yang dibuat ialah kurang dari dua puluh (20) minit dan lebih dari tiga (3) minit**
Harga : RM500***
Contoh :




Pakej fotografi****:
Pakej ini mencakupi : liputan satu (1) hari di lokasi. Satu sesi bergambar di luar (outdoor) dan sebuah custom album*****. Unlimited pictures burned in CD/ DVD.
Harga : RM800******
Contoh:


contoh outdoor photography. hakcipta terpelihara faris dan rakan

Pakej membikin video:
Pakej ini mencakupi : perkhidmatan pembuatan video. Lebih kepada perkhidmatan suntingan video. Anda akan berikan sumber-sumbernya melalui soft copy  sahaja. (video / gambar)
Harga : boleh runding.
Contoh:





Pakej desining :
Pakej ini mencakupi : perkhidmatan mereka kad undangan perkahwinan, kad nama, kad jemputan majlis*******
Harga : boleh dirunding mengikut spesifikasi tempahan kad.
Contoh : 
hakcipta terpelihara faris dan rakan
Nota:
* - satu (1) hari bermaksud bermula dari sebelas (11) pagi hingga enam (6) petang.
**- durasi mungkin berlainan mengikut lagu tema video.
***- harga mungkin berubah mengikut keadaan dan dengan penambahan bilangan DVD yang ditempah.
****-Pakej ini hanya untuk majlis persandingan sahaja. Liputan untuk majlis akad nikah tidak disediakan.
*****- Custom album berdimensi 8"x12" , berkulit keras , 10 muka surat.
******- harga mungkin berubah mengikut keadaan dan dengan penambahan permintaan oleh pihak pengantin.
*******- kad boleh diberi dalam bentuk cetakan atau soft copy

Berminat atau mempuyai pertanyaan mengenai pakej-pakej ini? Sila isi ruangan dibawah untuk berkomunikasi dengan saya. Insyaallah akan dijawab dengan segera.